Go confidently in the direction of your dreams! Live the life you've imagined.

September 06, 2010

tidur di bulan puasa pun kelebihannya


semakin hampir kita ke penghujung Ramadhan...
orang makin sibuk dengan persiapan raya..

mujur aku da prepare agak awal sebab tahu
kalau last2 nih orang sure ramai tak ingat
tetambah pulak cuti sekolah kan...

arini nak share ngan korang..
diantara fadilat berpuasa yang menyebut tentang tidur
(hehe.. banyak tak korang tido di bulan puasa nih)


Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
    • Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)
    • Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
    • Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
    • Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)
    • Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)
    • Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)
    • Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)

1 comment:

  1. thanks sbb sudi kongsi info b'guna nih! b'tambah jugaklah ilmu leez yg cetek nie, ha..! ;)

    ReplyDelete